Aplikasi JASS untuk usahawan Johor dilancarkan

Aplikasi JASS untuk usahawan Johor dilancarkan

JOHOR BAHRU 28 Mac — Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, hari ini melancarkan aplikasi Jendela Aplikasi Servis dan Solusi (JASS) yang merupakan platform maya untuk usahawan negeri memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran yang lebih luas.

Menurut Osman, aplikasi itu bertujuan memudahkan urusan orang ramai yang mahu membuat pembelian barangan atau mendapatkan perkhidmatan kerana semua perkhidmatan dan produk diletakkan di bawah satu platform.

Katanya, ia adalah inisiatif kerajaan negeri menerusi anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) – Digital Johor untuk merancakkan lagi bidang keusahawanan.

“Kita berharap kejayaan JASS ini (pelancaran) akan menjadi permulaan untuk ia diperluaskan ke seluruh negara,” katanya pada Majlis Perasmian Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 dan pelancaran aplikasi itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, di sini, hari ini.

Sumber : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1710475